Monday, 21 July 2014

penyudah tepi

DEFINISI

  •  Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk menyudah atau mengemas bahagian tepi artikel, pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga.Penyudah tepi boleh digunakan sebagai hiasan dan boleh dihias dengan fabrik dan renda.  
        Bahagian-bahagian pakaian yang perlu disudahkan ialah garis leher, lubang lengan, hujung lengan, bahagian bawah skirt, blaus, baju kurung, pinggang dan lain-lain.

    FUNGSI PENYUDAH TEPI

    Ø  Untuk mengemas dan memelihara tepi kain
    Ø  Untuk membuat pakaian yang siap lebih menarik
    Ø  Sebagai hiasan di tepi pakaian


     

pengenalan



Pengenalan 

Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka bentuk dan Teknologi. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidaklangsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam merekadan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat. Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaanhingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar jugaperlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itupelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetapdalam syarat-syarat yang ditetapkan. Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiapbahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung padapelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

 PROSES JAHITAN





 


 


 1.