Monday, 21 July 2014

pengenalan



Pengenalan

Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka bentuk dan Teknologi. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidaklangsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam merekadan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat. Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaanhingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar jugaperlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itupelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetapdalam syarat-syarat yang ditetapkan. Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.


No comments:

Post a Comment